Anugerah Pelajar Cemerlang 2013

07 September 2013: Anekdot – Saya hadir dalam majlis makan malam sempena Anugerah Pelajar Cemerlang 2013 di Dewan Darul Makmur, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat dan rezeki ini. Ini adalah kali ketiga saya menerima anugerah Pelajar Cemerlang (APC) sejak tiga semester berada dalam pengajian Ijazah … Teruskan membaca

Keluarga Jengka 17: Seri Pagi

Tiga hari hamba berada di Felda Seri Pagi Jengka 17, Program Bina Insan Guru Fasa-4 (Program Anak Angkat). Hidup bersama warga di sana, walaupun secebis rasa sesingkat masa, tetapi ibrah yang diterima cukup luas dan maha kaya. Membina jiwa yang molek tulus itu berliku. Senang mereka, susah mereka, hidup mereka, keringat mereka yang mengalir bagai dirasa … Teruskan membaca

Anehnya Ranjau Kehidupan: Sebuah Catatan Peribadi

Saya teringat kepada kata-kata Aristotle ketika melangkah untuk ke sekolah hari ini. Kata beliau yang tersohor: “The roots of educations are bitter, but the fruit is sweet”. Sungguh dalam maksudnya dan hanya orang-orang yang benar-benar menghargai pentingnya ilmu dan pendidikan akan merasai denyut nadi semantik kepada makna yang maha tersirat ini. Begitulah hidup yang luas … Teruskan membaca

Anekdot Kehidupan 1

Seminggu ini saya berada di Dungun, Terengganu. Sekadar secebis catatan hati yang membuak ingin dilepaskan. Hari yang tanpa sunyi daripada bisikan bayu pantainya yang sentiasa bertiup, tidak mengenal waktu mahupun ketika. Saya meneruskan tugas menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi Fasa ke-4, fasa terakhir. Mendengar cerita dan luahan hati rakan-rakan yang seakan jemu dan ‘penat’ … Teruskan membaca

Salam Aidil Fitri

    Bismillahirrahmanirrahim. 1.   Mewakili diri saya dan keluarga, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Marilah kita menyambut hari lebaran ini dengan rasa penuh keinsafan dan ketaqwaan. Hari lebaran merupakan hari kita bergembira menyambut kemenangan kita setelah berjaya menamatkan bulan Ramadan yang penuh mulia dengan … Teruskan membaca