Kenali Efie


BIODATA AHMAD SYAFIQ AMIR BIN ABDULLAH ZAWAWI

Ahmad Syafiq Amir dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan Darul Naim pada tanggal 16 Mei 1992. Anak kepada pasangan Abdullah Zawawi bin Mohammed bin Sulaiman bin Mohammad dan Salbiah binti Che Man bin Daud. Memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Pasir Mas mulai tahun 1999 sehingga 2004. Kemudian penulis meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Pasir Mas (Sekolah Kluster KPM) mulai tahun 2005 sehingga 2009. Penulis mengambil aliran Sains Agama semasa berada di peringkat menengah atas di sekolah yang sama. Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, penulis meneruskan pengajian beliau di International Islamic University Malaysia (IIUM) atau lebih dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Computer Engineering. Minat yang sangat mendalam dalam bidang bahasa, terutamanya bahasa Melayu membuatkan penulis bertekad untuk meneruskan pelajaran beliau dan mengambil major Pengajian Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur bermula 2010 sehingga sekarang. Keputusan untuk beralih dan mengorbankan minat sejak kecil dalam bidang kejuruteraan dan mengambil bidang pendidikan bahasa amat sukar dibuat, tetapi berkat dorongan ibu bapa dan sahabat, penulis bertekad dan ingin mencipta kegemilangan dalam bidang yang diceburi kini.

Ikuti penulis  di laman Facebook beliau di:

https://www.facebook.com/Mr.Efie.Elemeir

Atau boleh juga Follow penulis di laman Twitter rasmi:

https://twitter.com/Chegu_Fie

Sebarang cadangan, kritikan dan pertanyaan, sila hubungi penulis di email berikut:

afiqekie@gmail.com  /   afiqekie0516@hotmail.com

 

5 thoughts on “Kenali Efie

  1. Computer Engineering + minat bahasa Melayu = Bakal Guru Yang Hebat…TAHNIAH Syafiq Drp Cikgu Zam

  2. Cikgu Zam HARAP SANGAT Syafiq aplikasikan kemahiran komputer Syafiq untuk melahirkan set perisian BM yang mampu memartabatkan BM di Malaysia…Cikgu Zam sentiasa doakan yang terbaik buat Syafiq

    • Salam, terima kasih atas sokongan Cikgu Zam. Insya-Allah saya akan cuba semampu yang mungkin untuk membantu anak-anak dengan ilmu sedikit yang ada ni. Terima kasih sekali lagi Cikgu Zam.

Sila Tinggalkan Komen Anda..

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s