Pengakap! Buat Habis Baik !!

Anekdot: Pada 30 September hingga 03 Oktober 2013, saya dan rakan-rakan PISMP Semester 4 (Ambilan Jan 2012) telah melaksanakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Bertempat di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Unit Pengakap – Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) 34 yang terdiri daripada 63 orang ahli telah bersama-sama 244 ahli yang lain dalam menjayakan perkhemahan pada kali ini. Terdapat pelbagai perkara yang berlaku sepanjang empat hari tersebut, dan tidaklah saya ingin sentuh satu persatu di sini. Tetapi, dalam banyak keadaan, saya ingin berpesan kepada semua, jauhilah sifat dengki, iri hati, mahupun perangai mulut-mulut ‘longkang’. Sentiasalah jaga dan awasi setiap perkataan yang dilontarkan. Sememangnya banyak perkara yang boleh dihujahkan, tetapi dalam keterbatasan waktu, cukuplah sekadar ingat mengingati. Bukan semua perkara orang lain akan bersetuju dengan saya, dan sebaliknya bukan semua perkara yang saya bersetuju dengan orang lain. Akan tetapi, sebagai manusia, jagalah tutur kata dan tingkah laku, waimma sebaik manapun atau sealim manapun si pelaku, dosa dikira dosa.

Peluang dan ruang menulis di sini, saya titipkan khas buat semua rakan Pengakap KLM34 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan atas segala penat lelah, kerjasama, dan toleransi sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pengakap yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang beberapa bulan ini bagi memastikan perkhemahan ini berlangsung dengan sempurna. Tahniah kepada Ong Sheng Zun dan Yap Ching Ying serta Jawatankuasa Perkhemahan Pengakap dan semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

 Bersedia untuk menghadiri World Jota Joti dan Perkhemahan Kepimpinan Manik Kayu selepas Hari Raya Aidil Adha nanti. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah..

Pengakap !! Buat Habis Baik. 

 

pengakap

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Advertisements

Muat Turun Manifesto PRU-13

Alhamdulillah; saya gembira melihat manifesto yang telah diisytiharkan oleh kedua-dua parti; sebagai anak muda, kita tak harus memihak dan menyokong atas dasar POLITIK KETURUNAN NENEK MOYANG; anak muda yang mendepani alaf POLITIK BAHARU mesti lebih matang, berfikiran jauh, menganalisis serta minilai semua aspek; anak muda mesti didasari prinsip; bukannya melempar batu sembunyi tangan, jom buat kajian semua sudut! kita ada KEBEBASAN! masanya untuk memilih yang terbaik bagi rakyat Malaysia! Sila klik imej untuk melihat manifesto.

Manifesto Pakatan Rakyat

 

 

Manifesto Barisan Nasional

Bersama Perwakilan Pelajar

<Ruangan ini masih belum di-update oleh penulis kerana sebab-sebab teknikal yang berlaku. Penulis akan sedaya upaya menyiapkan laman ini kerana ia masih dalam proses penambahbaikan dan pembangunan. Terima kasih kerana sudi melawat>