Tiga hari hamba berada di Felda Seri Pagi Jengka 17, Program Bina Insan Guru Fasa-4 (Program Anak Angkat). Hidup bersama warga di sana, walaupun secebis rasa sesingkat masa, tetapi ibrah yang diterima cukup luas dan maha kaya. Membina jiwa yang molek tulus itu berliku. Senang mereka, susah mereka, hidup mereka, keringat mereka yang mengalir bagai dirasa dalam jiwa yg gersang ini.. Betapa hidup ini sangat menguji kehidupan insan.. Mereka jua mengajar kami apa erti hidup. Setulusnya, sekudusnya, sesucinya. Bersaksilah bahawa hidup ini ‘sekolah’ insan yang maha mendidik.. Terima kasih atas tinta kata sepanjang pertemuan singkat ini. Semoga bersua di lain masa.
Dari kiri Unieyez Fieydlizt, Mak Teh, Abah Razali dan hamba. Terima kasih Kito Nasrul tlg ambil gambar.. Insya-Allah anakanda berdua tidak lupa pesanan abah dan mak.