Salam Aidil Fitri

salam aidilfitri

 

 

Bismillahirrahmanirrahim.

1.   Mewakili diri saya dan keluarga, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Marilah kita menyambut hari lebaran ini dengan rasa penuh keinsafan dan ketaqwaan. Hari lebaran merupakan hari kita bergembira menyambut kemenangan kita setelah berjaya menamatkan bulan Ramadan yang penuh mulia dengan jayanya.

2.   Suka saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak kita semua merenung sejenak, momentum dan kejayaan kita sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Bulan Ramadan ibarat Universiti. Bulan puasa ibarat masa untuk kita mendapatkan ijazah Ketaqwaan. Seharusnya awal Syawal ini kita ‘memaksa’ diri kita untuk lebih bermuhasabah, sejauh manakah kejayaan kita sepanjang 29 hari berpuasa. Adakah kita merasakan diri kita antara penerima “Ijazah” Kelas Pertama yang berjaya menggunakan peluang yang ada sepanjang Ramadan untuk memperkasa diri untuk mencapai Ketaqwaan, atau adakah masa yang dilalui sepanjang Ramadan hanya berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa usaha untuk menjadapatkan”Ijazah” yang terbaik daripada Allah dalam Universiti Ramadan ini? Anda lah yang berhak menilai diri anda sendiri, sejauh mana kejayaan anda. Semoga tiada penyesalan di awal Syawal yang mulia ini.

3.   Marilah kita berdoa buat saudara seagama kita di seluruh dunia yang sedang diuji dengan pelbagai kezaliman. Semoga hari raya kita lebih bermakna dengan mengingati dan menzahirkan rasa simpati terhadap mereka yang sedang dalam “ujian” yang tidak pernah henti. Semoga dengan doa kita semua, hati mereka tetap teguh dan semoga kita semua sentiasa bersabar menghadapi Ujian Allah Yang Maha Kaya.

4.   Marilah kita eratkan kembali hubungan yang terputus dan kembalilah kita kepada Fitrah insani. Hari lebaran yang disambut ini petanda bahawa kita kembali kepada fitrah. Janganlah amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadan ‘terputus’ bila tibanya Syawal. Istiqamah lah dalam mengejar “Taqwa” dan janganlah kita hanya menjadi hamba Ramadan semata-mata. Semoga amalan-amalan soleh kita semua di bulan Ramadan diterima oleh Allah Azzawajalla.

Taqabbalallahu minna waminkum ajma’in..

AHMAD SYAFIQ AMIR ABDULLAH ZAWAWI

PASIR MAS, KELANTAN

08 OGOS 2013 / 1 SYAWAL 1434H.

Sila Tinggalkan Komen Anda..

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s