16 Mei – Hari Keramat

Di kesempatan yang terbatas ini, 2 perkara yang ingin saya ungkapkan. Walaupun mungkin bersifat peribadi, anggaplah saya titipkan khas buat insan-insan yang paling saya cinta:

1. Hari ini, genaplah 7665 hari saya menghirup udara segar di muka bumi. Usia saya semakin bertambah. Umur saya pula semakin singkat. Namun saya sedar, dalam jangkauan usia sebegini terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup. Kadang-kadang yang tidak pernah diduga dan dijangka. Ya, hidup merupakan ‘sekolah’ bagi mengajar manusia erti kehidupan. Kehidupan ini suatu nikmat yang perlu disyukuri dan dinikmati. Usia ini, selain dinikmati, ia semestinya perlu dihargai. Menghargai manusia-manusia yang telah membesarkan diri ini, merupakan perkara utama. Usia saya hari ini, membuatkan saya merenung kembali, siapa saya 5, 10, bahkan 15 tahun yang telah berlalu pergi. Agak jauh berbeza.. Kehidupan zaman persekolahan merupakan ‘emas’ yang sangat bernilai dan berharga. Bahagia sekarang sudah tidak sama dengan bahagia masa lalu. Tetapi, tidak pernah saya lupa, pengorbanan dan jerih perih 2 insan yang telah membesarkan saya, ma dan abah. Mereka paling cekal. Tanggal 16 Mei saya titipkan khas buat mereka berdua, atas segala jerih perih, atas titis keringat yang menitis di bumi, demi membesarkan saya, insan yang hina. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kalian dan menempatkan kalian dalam golongan yang diberi rahmat seluas-luasnya. Amin..

2. Tanggal 16 Mei, saya titipkan jua buat insan-insan bergelar pendidik yang telah banyak berjasa. Ini hari keramat. Ini hari bahagia. Ini hari perjuangan mereka. Selamat hari guru saya ucapkan kepada mereka. Sabar, cekal, tabah mereka mendidik, masih terasa denyutnya di nadi saya. Saya masih terbayang, guru yang sangat garang sehingga guru yang sangat berlembut hati. Tetapi, mereka semua atas 1 jalan yang sama. Mendidik. Mereka juga ibu bapa saya yang hampir. Guru mengaji, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, pensyarah, semuanya guru saya. Mereka insan paling mulia. Saat ini, saya juga akan bergelar guru. Betapa semangat mereka meresap dalam jasad yang marhaen ini. Terima kasih kepada mereka atas ilmu setulus hati. Semoga mereka terus diberi maghfirah dan rahmat atas segala jasa.

Ya Allah, kuatkanlah kaki ini untuk melangkah, teguhkanlah jiwa ini untuk mencari barakah. Semoga tahun ini, tahun penuh kegembiraan.

selamat hari guru

 

 

selamat hari lahir ke-21

One thought on “16 Mei – Hari Keramat

Sila Tinggalkan Komen Anda..

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s