Mewakili seluruh ahli keluarga, penulis merakamkan ucapan selamat menyambut Hari Devali kepada semua penganut agama Hindu yang menyambutnya khususnya sahabat-sahabat di bumi Afzan tercinta. Raikanlah perayaan ini dengan suasana penuh muhibbah dan kunjung-mengunjung di rumah sahabat handai, semoga ikatan yang terbina akan terus kekal dan mantap. . Buat rakan-rakan yang sedang bercuti, isikanlah masa cuti ini dengan mengatur segala perjalanan hidup kita kearah keberkatan Ilahi sentiasa. Jaga keselamatan diri dan orang lain yang bersama-sama kita dan berhati-hati semasa berada di jalan raya. Salam sayang daripada penulis sekeluarga.