Tulus Budi Ikhlas Kah Hati

Saya mencoret nukilan ini dengan hati yang berdebar-debar menunggu saatnya kita melangkah ke tahun hadapan 2012. Tahun yang dianggap penuh keramat kerana saya dan sahabat-sahabat yang lain memasuki gerbang semester pertama ijazah kami di bumi Afzan tercinta. Tahun dimana kami akan bergelar PISMP Ambilan Jan 2012, juga sebagai anak didik paling bongsu bagi unit Bahasa Melayu di sini setakat ini.

Saya juga ingin menzahirkan rasa rendah hati saya dengan pelantikan jawatan kuasa unit ini bagi semester 1 nanti pada siang tadi. Suatu upacara pemasyhuran Ketua Unit dan jawatan kuasa beliau yang sangat ringkas tetapi memberi impak yang sangat mendalam kepada kami sehingga kini. Tahniah buat KU yang baharu, saudara Azizul Hakim b Muda dan saudari Nabila bt Mohd Razis yang telah dilantik secara rasminya pada pagi tadi.

Untuk makluman, KU yang baharu ini memenangi kerusi tersebut dengan undian di atas kertas undi sebanyak 15 undi daripada 20 orang yang mengundi. Hal ini bermakna beliau memperoleh undi sebanyak 75% daripada keseluruhan ahli dalam unit penuh cemerlang ini, dan memperoleh majoriti lebih 2/3..maka, selayaknya, harapan yang tinggi yang telah diberikan oleh pengundi untuk melihat kesinambungan pimpinan unit ini sebelum ini perlu digalas dengan hati yang tulus suci. Sekalung tahniah juga buat Nabila Razis yang memenangi kerusi PKU dengan majoriti undian sebanyak 10 undi. Tahniah juga buat sahabat baik saya yang telah memenangi kerusi Setiausaha dan Bendahari Kehormat.

Apa yang menarik perhatian saya pada kali ini apabila mengulas pelantikan ini, suatu aspek yang perlu diambil kira oleh pimpinan sekarang dan perlu diteruskan oleh pimpinan akan datang ialah aspek nilai etika, moral, kerjasama dan kesepaduan serta kelestarian aspek tugasan mahupun nilai budaya kerja progresif yang jitu dan mapan. Suka sekali saya merujuk harapan yang dibawa oleh KU dan PKU masa ini yang memfokuskan aspek “kesepaduan” dan “bersatu” dalam unit penuh barakah ini. Saya amat yakin dan percaya mereka bersama-sama jawatan kuasa mereka telah memberikan komitmen yang bersungguh-sunggu siang dan malam bagi memenuhi setiap kehendak dan keperluan orang di bawah. Cuma apa yang masih ketara saya lihat ialah nilai kesepaduan dan kesejagatan dalam kalangan ahli sendiri masih barada pada tahap paling minimum. Masakan pokok akan bergoyang kalau tidak ada angin yang meniupnya..Maka, harapan para pemilih yang telah memilih pimpinan baharu ini perlu diambil perhatian yang amat serius. Untuk meneruskan deligasi pimpinan dan hasrat supaya kita sentiasa pada landasan yang betul dan tepat.

Saya amat yakin bahawa pemilih tidak memilih berdasarkan aspek populariti semata-mata. Kalau adapun, hanya dalam kalangan yang saya jangka ‘tidak berfikir panjang’. Memilih KU dan PKU adalah suatu keputusan yang getir dan sukar diramal. Sedarilah bahawa tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul sangat berat. Adapun yang memilih berdasarkan kehendak dan populariti, hanya akan menjejaskan nama baik dan ketanggungjawaban semata-mata. Saya yakin kita semua memilih calon yang terbaik. Insha Allah..

Saya sering mengulangi kata-kata saya bahawa memilih dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua unit janglah berdasarkan perintah orang lain dan jangan sesekali tunduk kepada tuntutan yang tidak munasabah. Bukanlah bermakna saya menidakkan kuasa mereka, tetapi mereka harus bijak mengambil keputusan dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan mana-mana pihak daripada mendapatkan haknya secara adil dan telus. KU juga mestilah seorang yang serius dan penuh amanah. Jangan sesekali mengecewakan orang bawahan yang telah memilih kalian. Jangan bebankan orang bawahan dalam masa yang sama anda besenang-lenang. Cubalah menepati masa dan jangan alpa dengan jawatan kalian.

Sekalaung apresiasi juga saya tujukan buat mereka yang berjasa. Tahniah dan syabas kepada Ketua Unit dan P. Katua Unit semester 3, saudara Danial b Ridzuan dan Farrah Natiqah bt Md basri yang telah selama ini bertungkus lumus menjalankan tanggungjawba mereka dengan penuh cemerlang. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, tetapi jadikanlah sebagai pedoman buat mereka yang akan datang. Manusia bukan sempurna dan tidak ada yang maksum di sisi Allah Azzawajalla. Saya berbangga atas segala usaha dan khidmat bakti kalian selama ini.

Semoga Unit Bahasa Melayu 2 terus unggul menelurusi bahtera zaman berzaman. Tertarik dengan suatu kata hikmah yang diperturunkan oleh guru kesayangan saya,,beliau berkata..” Kita tidak mampu mengarah arah haluan angin, tetapi kita mampu mengawal layar kapal kita di lautan..” ..Teruskan usaha murni dan selamat maju jaya. Wasalam.

Sila Tinggalkan Komen Anda..

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s