Selamat Bertandang, Selamat Bersidang

Mewakili seluruh tenaga kerja dan para pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang Daru Makmur ( Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu Kebangsaan), saya dengan berbesar hati ingin merakamkan  ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas serta selamat datang kepada semua perwakilan ke Pertandingan Debat Ala Parlimen Piala Timbalan Menteri Pelajaran, Peringkat Kebangsaan 2011..

Sesungguhnya saya panjatkan rasa rendah diri dan penghormatan yang setinggi-tingginya kepada para Yang Berhormat yang telah terpilih untuk mewakili Institut Pendidikan Guru kampus masing-masing ke pertandingan berprestij ini. Jadikanlah masa selama seminggu berada di Kampus Tengku Ampuan Afzan ini sebagai saat-saat terindah semua peserta seluruh negara, termasuk peserta dari Sabah dan Sarawak. Saya hanya bertugas sebagai Urus Setia yang telah dilantik oleh penganjur (Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTAA) bahagian Logistik merasa amat teruja dapat berganding bahu dengan kalian dalam menjayakan pertandingan ini. Syabas dan tahniah sekali lagi buat semua yang terlibat.

Sila Tinggalkan Komen Anda..

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s