Biduk Lalu, Kiambang Bertaut

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah ‘Azzawajalla jua yang telah menemukan kita semua dengan Ramadhan Al-Mubarak buat kesekian kalinya pada tahun 1432H pada tahun ini,,

Bersempena bulan yang mana diturunkan Al-Quran, bulan rahmat, bulan maghfirah(keampunan) dan bulan yang dijanjikan berjuta-juta kenikmatan buat sesiapa yang mendirikan malam-malam di dalamnya, maka penulis serta sahabat-sahabat seperjuangan unit BM2/PJ/PS Semester 3 pada kali ini telah menjayakan suatu program tahunan buat unit kami iaitu Program Berbuka Puasa Perdana BM2/PJ/PS.

Dilantik juga sebagai AJK Kerohanian & Kebajikan BM2/PJ/PS, penulis bersama-sama AJK Aktiviti BM2/PJ/PS telah bersetuju untuk merancang majlis ini dengan kerjasama semua guru pelatih unit ini dan kerjasama yang erat daripada Ketua Unit sendiri. Mengambil kira roh kesepaduan ummah dan tali permuafakatan antara kami dengan fasilitator yang sentiasa kami sanjungi, (KAK FIZ & ABG FARID) yang sentiasa bersama kami membantu di sini, kami telah menjemput mereka berdua sebagai tetamu undangan khas majlis ini.

Sesungguhnya, ikatan dan persaudaraan yang telah terbina sejak sekian lama tak akan sesekali pudar, malah roh dan adunan ukhuwwah ini sentiasa mekar dan bertaut antara satu sama lain. Semoga usaha murni dan semerbak ini akan terus kekal dalam ingatan sahabat-sahabat dan semoga acara-acara seumpama ini dijadikan wadah yang lebih jitu dalam menyatupadukan ummah.

Terima kasih kepada ahli kumpulan penulis ( Fidelis anak Rufinus, Nurfarihin Kholid dan Nurun Nabilah) yang sentiasa membantu dalam melancarkan program ini. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu-jemu menyumbang idea dan nasihat kearah kelestarian kita bersama.

Kullu ‘aam, wa insha Allah, antum bikhoir.

One thought on “Biduk Lalu, Kiambang Bertaut

Sila Tinggalkan Komen Anda..

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s