Alhamdulillah, selepas majlis Berbuka Puasa Perdana Anjuran BM2/PJ/PS sebentar tadi, sempat juga saya renung dan berfikir sejenak beberapa tinta hikmah pendeta. Secara tak sengaja, terlintas di fikiran beberapa kata-kata yang menusuk jiwa yang ligat berfikir..
Ingin sekali saya kongsikan buat sahabat-sahabat di sini..
Adakah kita sedar..
Yang paling singkat itu waktu…
Adakah kita sedar..
Yang menipu itu dunia…
Adakah kita sedar..
Yang dekat itu kematian…
Adakah kita sedar..
Yang besar itu hawa nafsu…
Adakah kita sedar..
Yang berat itu amanah…
Adakah kita sedar..
Yang mudah itu dosa…
Adakah kita sedar..
Yang susah itu sabar…
Adakah kita sedar..
Yang kita sering lupa itu bersyukur…
Adakah kita sedar..
Yang mendorong kita ke neraka itu lidah…
Adakah kita sedar..
Yang berharga itu iman...
Adakah kita sedar..
Yang ditunggu Allah itu Taubat…
[Fikir-fikirkan]