Di sini Aku Bermula

Ku mulakan tulisan marhaen ini dengan semulia-mulia lafaz Bismillah: menginsafi kelemahan ku manusia biasa tiada rupa, tiada pangkat, tiada nama di sisi manusia, kerana aku rasa akulah insan terhina di sisi Allah Azzawajalla jua. Aku bertambah hairan, adapula manusia suka diampu dengan kata setinggi langit bermadah bicara, walhal mereka jua manusia biasa dalam pandangan manusia. fikirku ligat. Adakah ini nilaian insan, Namun, kepada Allah jua aku serahkan hidup ini, kerana aku tidak mampu mengatur urusan dan lemahnya aku dalam kekuasaan-Mu ya Rabb.

Ku tujukan jua coretan rendah nilaian ini kepada ayahanda dan bonda tercinta di desa. Harapanku agar mereka sejahtera meniti hari penuh bahagia. Kerana didikan mereka jua, aku menjadi seperti aku saat ini. Kerana asuhan mereka jua, aku menjadi manusia hari ini. Aku mengerti, mendidik manusia supaya menjadi manusia yang punyai harga diri yang tinggi bukan seperti mendidik monyet memanjat pohon-pohon kelapa yang rendang. Manusia dikurnia akal dan budi penuh pekerti untuk dijana dan dibangunkan dalam acuan ilmiah yang hakiki dan terpuji. Apresiasi dan doa jua ku panjatkan buat mereka berdua.

Terima kasih jua buat sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi. Kata orang, di mana-mana sahaja boleh bersahabat, tetapi menjadi yang paling setia sukar dicari. Saat ini aku mula mengerti, Dan aku pula menghargai, setiap yang berada di sisi. Kutuju rasa rendah diri buat sahabat-sahabat BM2 sentiasa di hati.

Aku melangkah kakiku memasuki gerbang dunia pendidikan dengan sejuta ketakpastian. Resah mengenang sahabat-sahabat di kampus lama. Aku yakin dengan urusan takdir. Kerana itulah aku sanggup. Yakin dengan ketetapan yang ditulis Allah. Sejak itu aku bertekad, yakin dengan diri, gunakan pengalaman perit sebelum ini, untuk bina diri kini dan akan datang.

Aku bermula di sini, berhadapan dengan kerenah dan mehnah sahabat-sahabat ku di Pahang yang pelbagai panca warna. Aku bermula dengan situasi yang sangat lain dari hidupku sebelum ini. Pengalaman yang ada aku gunakan sebaiknya untuk hidup di desa penuh onak pancaroba. Usaha menjadi murabbi bukanlah seperti ‘membujur lalu melintang patah’, tetapi perlu tekanan daripada alam dan persekitarannya jua, supaya mampu belajar cara mengajar dan mendidik dengan betul dan sempurna.

Hanya kepada-Mu jua ya Allah, aku berserah diri, tunjukilah aku jalan yang lurus dalam perjuanganku di sini, semoga setiap langkah dan tutur kataku menjadi ‘catalyst’ kepada wadah perjuangan memacu genarasi penuh ketamadunan dan berakhlak budi penuh mulia dan beradab tinggi. Terima kasih kepada seorang teman yang jauh,,yang sedia menemani aku selama ini. Insha Allah, semoga kamu dilimpahi barakah Ilahi jua.

Sila Tinggalkan Komen Anda..

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s